Header Ads

Apple Smartwatch menguasai pasaran jam tangan pintar mengatasi Fitbit dan Samsung Gear


Apple telah berjaya mencatatkan rekod jualan terbesar bagi pengeluaran smart watch dengan jualan 6 juta pada suku keempat 2016.

Jualan Apple Watch telah meningkat 12% daripada suku sebelumnya.


Berdasarkan jangkaan Canalys,  Apple Watch telah memperoleh hasil jualan sebanyak USD 2.6 bilion,  80% dari keseluruhan hasil jualan smartwatch.

Penganalisis Jason Low menyatakan model baru Apple watch telah melakukan pembaharuan dari segi "hardware" dan "software". 


Kejayaan Apple juga disebabkan oleh usaha pemasaran secara meluas dan penetapan harga lebih relevan.

Ini secara langsung meluaskan pengaruh Apple terhadap pasaran.

Canalyst menjangkakan jualan keseluruhan Apple Watch ialah 11.9 unit,  memegang penguasaan pasaran jam pintar sebanyak 50%

Jam pintar Apple telah dijual di pasaran Malaysia pada harga permulaan RM 1199 sehingga RM 5699 dengan pelbagai variasi.



 
Pesaing utama Apple,  Fitbit telah mengalami penurunan dari segi penguasaan pasaran daripada memiliki 23% suku lepas kepada 19.2% sekarang. 

Kejatuhan ini dijelaskan lagi dengan prestasi kewamgan suku keempat 2016 yang amat mengecewakan dan pembuangan pekerja sebanyak 6% pada bulan Januari yang lalu

Antara kelebihan Apple Smartwatch yang baru mempunyai versi yang lebih elegan dan berkilat. 

Kemampuan jam tangan ini untuk dihubungkan dengan Iphone secara baik menjadikan alat ini menjadi aksesori terbaik bagi menjalankan ujian pemantauan kecergasan bagi pengguna Iphone.

Adakah Apple Smartwatch mampu mempertahankan kedudukan sebagai smartwach paling diminati tahun 2017?

Tiga pesaing utama seperti Samsung Gear,  Fitbit dan Mi Band  dengan harga lebih murah mampu untuk bersaing  untuk menguasai pasaran.


Tiada ulasan