Header Ads

Leeco, Syarikat Telekomunikasi China Buang 85% pekerja di India


Leeco,  syarikat konglomerat China telah membuang hampir 85% pekerja dan akan menutup operasi  penjualan smartphone di India setelah setahun setengah beroperasi di India.

Leeco memasuki pasaran India pada Januari lepas dengan pelbagai jenis telefon pintar  dan cuba meniru model perniagaan Xiaomi yang berjaya mencatatkan jualan yang tinggi. 

Salah satu telefon Leeco    Le 1s dengan paparan 5.5 inci dan 3GB RAM, telah berjaya menguasai pasaran dengan harga ditawarkan ialah USD ​​165(RM 700).


 

Pada tahun ini, Leeco telahh melancarkan kumpulan TV pintar berkos rendah di India dengan mencabar beberapa syarikat China yang lain termasuk Xiaomi. 

Pada masa itu, pekerja di bahagian Leeco TV, ramai telah diambil dari Samsung, Panasonic, dan LG dengan memberi gaji lebih lumayan.

Leeco telah menawarkan TV kepada pengguna dengan langganan kandungan tahunan dengan kerjasama dengan beberapa syarikat gergasi tempatan termasuk Eros, dan berusaha menjalankan kerjasama bagi mendapatkan perkhidmatan Netflix.



Salah satu pesaing Lecco,  Xiaomi turut mencatatkan pertumbuhan jualan baik di India.

Xiaomi merancang untuk membawa TV kepada negara tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak tergesa-gesa untuk meletakkan kilang secara besar-besaran . 


Xiaomi fokus melihat ekosistem perniagaan di India terlebih dahulu.

Tiada ulasan