Header Ads

Google dan Facebook, gergasi besar dalam dunia pengiklanan digital





Sejak dua tahun lepas, pengiklanan digital telah mula menguasai pasaran pengiklanan dengan hampir menyamai jumlah pengiklanan medium televisyen.

Ini seakan-seakan memberikan peluang baru kepada usahawan "tech" menceburi bidang pengiklanan secara digital. 

Walaubagaimanapun, hakikatnya pasaran digital dikuasai oleh dua pemain utama, Google dan Facebook. 

Pemain-pemain lain hanya mampu perolehan pendapatan yang minimum dibandingkan dengan dua pemain utama tersebut.


Rekod 2016 menunjukkan Google dan Facebook telah berjaya menguasai pengiklanan digital sebanyak hampir  60% daripada keseluruhan media pengiklanan yang turut melibatkan Microsoft, Yahoo, Snapchat, Twitter, Yelp dan Linkedln. 

Facebook telah berjaya memanfaatkan media sosial dengan menghasilkan pendapatan sebanyak 59% dari pengiklanan di ruang media sosial tersebut.

The New York Times turut menggunakan medium pengiklanan digital dengan memperkenalkan surat khabar dalam format digital. Walaubagaimanapun surat khabar tersebut hanya mampu memperoleh USD 200 juta setahun untuk pengiklanan digital tersebut.

Dalam dunia pengiklanan digital, platform yang baik merupakan sumber kekuatan .

Platform yang berjaya menarik minat pengguna secara kerap dan percuma akan menjadi pilihan untuk digunakan. 

Contohnya, Facebook, Twitter dan Snapchat menyediakan platform untuk bersosial secara maya secara percuma. 

Google, Bing dan Yahoo membekalkan platform untuk pencarian maklumat secara percuma. 

Youtube (dimiliki oleh Google) membekalkan perkhidmatan perkongsian video secara percuma. 

Tidak hairanlah , syarikat berasaskan teknologi seperti Apple Inc, Google Alphabet, Microsoft , Amazon dan Facebook telah menjadi syarikat yang terkaya di dunia pada masa kini menggantikan syarikat seperti Walmart dan Exon Mobile sebelum ini.


Tiada ulasan